PENGALAMAN DPIM PLANTER'S CAMP DIPLOMA IN PLANTING INDUSTRY MANAGEMENT UiTM MELAKA KAMPUS JASIN



Untuk pelajar sem 1, kami diwajibkan mengikuti satu aktiviti yang dinamakan Planter's Camp. Perasaan saya masa tu mestilah tak suka, rimas dan benci. Yelah sebab saya ni bukan jenis yang kuat dan suka camping. Saya ni hanya jenis yang suka menghadap laptop dan duduk rumah sahaja. Kadang-kadang pun kuat berangan, senang cerita aktiviti berpeluh ni memang saya tak suka. Jadi berbalik pada cerita tadi, Planter's Camp ni dibuat selama 2 hari 1 malam  dan diadakan di sekitar kawasan UiTM juga.

Untuk hari pertama kami dah kena bayar denda disebabkan ada salah seorang yang tak jujur dan tak ikut kumpulan yang diberi. Masa tu saya rasa geram nak bagi pelempang je dekat siapa yang menipu tu. Dan bagi yang tidak tahu, di sini kami mengamalkan kan 1 perkara iaitu Unity yang maksud bersatu lah kan. Jadi kalau sesiapa yang buat hal walaupun seorang, 1 batch akan bertanggungjawab dan kena. 

DPIM, UiTM Melaka

Antara aktiviti yang dijalankan untuk malam itu ialah malam tunjuk perasaan. Lelaki dan perempuan diasingkan & kami diberi 1 situasi iaitu , semua perempuan merupakan pekerja pada lelaki dan akhirnya memberontak kerana gaji kami tidak dibayar, dan sekiranya dibayar pun lambat dan tak cukup. Jadi kami diminta untuk selesaikan masalah ini. 

Ehhhh saya lupa yang sebelum part "bergaduh", kami diminta untuk mencari pasangan masing-masing dan "gaduh"sesama sendiri. Lantak lah nak "gaduh" pasal apa tiada sesiapa yang akan marah. Saya dengan member aku "gaduh" pasal loghat sebab saya tak paham dia cakap apa. Dia Terengganu, saya pulak N9 memang sah lah saya tak paham langsung sebab sebelum ni dia cakap biasa je. Malam ni pulak keluar segala loghat ganu dia tu hahaha. 

Korang bayangkan 1 batch "gaduh" sama sendiri tapi serius memang enjoy dan kitaorang dilarang untuk gelak dan senyum. Kecoh betul malam tu dan semua orang gaduh gelak gaduh gelak. Supervisor pulak jalankan tugas diaorang ambil baldi, isi air dan simbah lah apa lagi. Terkejut saya kena simbah secara tiba-tiba. Dah lah saya ni jenis yang cepat sejuk. Jadi malam itu saya "bergaduh" sambil menggigil-gigil.

UiTM, UiTM Melaka, DPIM
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi UiTM
DPIM, UiTM, UiTM Melaka
DPIM Planter's Camp . Diploma Pengurusan Ladang dan Agroteknologi UiTM 

Masa makan pun kena disiplin. Macam kami nampak pinggan kena selari dan semua kena sama-sama. Selagi pinggan tak selari dan lurus, jangan harap lah dapat makan minum. Sebelum makan pula wajib tunggu semua duduk dan ajak lect, SV dan kawan-kawan makan. Masa ni saya tahu yang kitaorang diajar supaya beradab dan hormat pada orang lain.


dah baca pengalaman dpim yang lain? boleh klik link bawah ni:

Post a comment

0 Comments