PENGALAMAN SEMESTER 3 DPIM DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN



goals, notes, and office image, PENGALAMAN SEMESTER 3 DPIM DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN


Pengalaman Sem 3 DPIM Diploma Perladangan Dan Agroteknologi Uitm Melaka Kampus Jasin (DPIM)



Assalamualaikum and hye :)

Akhirnya aku dah habis semester 3 DPIM. Sumpah aku kecewa dengan sem kali ni. 

Masuk semester baru sekali 2 kelas dibubarkan tanpa notis. Mula-mula aku terkejut jugak lah kan dan pelajar untuk kedua-dua kelas macam orang sesat cari info tanya sana sini. Jawapan masing-masing sama. Dua kelas terakhir ni digunakan untuk budak repeat subjek. Batch aku makin sikit dan itu pun salah satu sebab kelas dibubarkan.

Kami pun macam orang asing masuk kelas orang lain. Daftar sana sini. Sampai bergaduh dengan budak kelas lain sebab kami masuk kelas diaorang. Tapi aku berjaya masuk kelas yang sama untuk semua subjek dan kawan-kawan aku kelas untuk setiap subjek semua lain.

1) ACC 100 ( AKAUN)
Korang akan ada assgmnt macam korang buat kat sekolah dulu (aliran akaun). Subjek yang boleh dikatakan susah kalau korang main-main dan tak fokus dalam kelas. Masa buat asgmnt tu pilihlah kawan yang rajin sebab susah nak siapkan kalau buat main-main. 

2) AGR 113 (EKONOMI) 
Subjek senang lah jugak berbanding subjek lain. Belajar pasal basic ekonomi.

3) CTU 211 (AGAMA)
Pergh ni susah ! Bagi yang tak suka membaca macam aku. Confirm mengantuk masa dalam kelas.

4) ELC 230 (ENGLISH)
Tang ni korang ada writing. Ye lah! Writing yang kena buat karangan tu! Jangan ingat habis sekolah tak buat karangan.

5) HBU 131 (KOKURIKULUM) 
Aku ambil kesatria negara. Dapat A- beb ! Entah apa aku buat pun aku tak tau. Seronok tau ! Lagi-lagi coach dekat Jasin memang sporting gila.

6) AGR 262- (MAJOR CROPS) 
Subjek kedua susah nak mampus ! Korang belajar pasal 4 tanaman utama dan 1 tanaman ada banyak topik. Dalam topik ada anak-anak topik.


7) AGR 161 ( SOIL SCIENCE)
Gila bapak susah nak mampus subjek ni. Antara subjek yang paling ramai student gagal setiap semester. Aku tak tahu berhantu sangat subjek ni sampai susah sangat nak lulus. But I managed to get C+ untuk final. Nasib baik kau! 

Aku merahkan dua subjek terakhir sebab korang kena buat betul-betul !! Subjek ni sangat susah dan semester 4 nanti ada sambungan nya lagi.

Post a comment

1 Comments

  1. kat kolej sy bljr best sbb kelas/ lectures/ time atur sendiri. sbjk pun camtu jg, kalau xnak amik time sem 3, blh amik time sem lain XD

    ReplyDelete