PENGALAMAN SEMESTER 5 DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN (DPIM)


goals, notes, and office image, PENGALAMAN SEMESTER 5 DIPLOMA PENGURUSAN LADANG UiTM MELAKA KAMPUS JASIN (DPIM)



Assalamualaikum setelah berzaman-zaman aku tinggalkan blog disebabkan lambakan assignment dan test yang boleh dikatakan setiap minggu ada finally aku kembali semula :)

Alhamdulillah pada 16/4/2017 aku berjaya menamatkan Semester 5 DPIM. Bila diingatkan balik memang aku sendiri pun keliru macam mana aku boleh tercampak ke Jasin dan lagi pelik kenapa aku terima course ni sedangkan aku paling tak suka nak belajar benda-benda ni semua. Sampaikan 1 masa aku terfikir adakah aku akan sampai ke sem 5 atau aku akan berhenti di tengah jalan? Namun betullah apa orang tua cakap yang Allah dah aturkan semuanya untuk kita dengan sebaik-baiknya walaupun kita tidak suka.

Alright berbalik kepada awal sem 5 masa tu aku dah rasa betapa stress nya apabila dapat duduk kolej tingkat 4 dan betapa susahnya untuk aku bawak barang aku yang sedozen tu naik tingkat 4. Asalkan ada line mungkin ok bagi aku. Aku masih berada dalam kelas yang sama cuma semester 5 ni aku lebih banyak luangkan masa walaupun tak banyak sangat dengan rakan-rakan aku yelah nanti praktikal mana lagi nak jumpa.

Sebelum tu mehh sini aku listkan subjek yang aku belajar untuk semester 5.

Entrepreneurship.
Subjek ni berkaitan dengan bisnes dan group aku kena siapkan business proposal setebal kamus yang boleh membuatkan semua orang jadi marah dan stress disebabkan kepayahan nak menyiapkan proposal ni. Dalam setiap proposal akan ada Manager, Admin Manager, Marketing Manager, Operational Manager dan Financial Manager. Yang paling sakit ialah Financial Manager(FM) dan aku nasihatkan tolong lah kasi member kau yang bijak sikit untuk jadi FM ni. 

Dalam masa yang sama setiap group kena prepare untuk hari presentation di mana kami kena buat produk tersebut dan present kepada orang ramai. Ni memang kena buat produk sebenar tau bukan acah-acah produk dalam mimpi dan angan. Kalau group korang pilih nak buat produk aiskrim rumput, maka korang wajib buat askrim rumput dan bawa masa presentation. Produk tak boleh sama dengan orang lain dan tak boleh buat yang dah ada di pasaran. Macam contoh aku kasi tadi, walaupun aiskrim dah lama ada, tapi aiskrim rumput belum ada yang buat. So sekarang korang dah ada idea kan. :)

Extension.
Subjek ni lebih banyak sentuh pasal extension agent, siapa diaorang ni dan sebab apa diaorang penting. Untuk subjek ni pun kami disuruh menyediakan 1 produk yang akan memudahkan urusan petani sama ada kami buat produk baru atau inovasi kan produk yang sedia ada. Disebabkan group aku boleh dikatakan kedekut terutamanya aku, kitaorang decide untuk buat yang low cost dan mudah untuk dilakukan. Dan paling mengejutkn ada je pelajar yang merasakan produk kami ni sampah berdasarkan survey yang kami buat. Bila namanya survey, identiti memang akan dirahsiakan sebab tu pelajar lain berani tick 1 bintang je untuk produk group aku. Sampah pun sampah lah janji dekat mata lect bagus.

Land Survey.
Subjek paling aku benci sebab aku tak faham habuk pun dalam kelas. Kiranya subjek ni level susah sama macam belajar enjin sem 4. Hadap buku je mesti nak mengamuk. Tapi aku beruntung sebab dapat lect yang sentiasa bantu student dia dari segi test dan report. Walaupun tak faham, aku tetap usaha carik kawan daripada kelas lain. Belajar daripada lect lain dan ikut mana yang sesuai dengan diri aku. Bila aku dah faham, baru lah nampak sikit cahaya dalam land survey ni.

Farm Management.
So farm ni lebih kurang sama macam ENT lagi-lagi untuk assignment. Dalam setiap proposal akan ada Manager, Admin Manager, Marketing Manager, Operational Manager dan Financial Manager. So kali ni aku jadi Admin sebab untuk ENT aku dah serik sangat jadi FM. Subjek ni pun banyak sangat kira-kira jadi kalau terlepas walau 1 kelas memang sakit jugak lah. Kalau boleh jangan kelip mata pun dalam kelas.

Secondary Crops Production.
Subjek paling aku tak suka sebab sumpah banyak gila crops nak hafal. Sekali test berlambak nak kena baca sampai tertukar dengan crops lain. Yang ini memang aku giveup betul masa study sebab memang berpinar hafal. Scientific name bertukar tukar dengan nama buah lain bila aku hafal.

Agricultural Products Marketing.
Bagi aku ni subjek mengantuk sebab semua nya membaca dan assignment pun susah juga. So yang ini belajar pasal selok belok marketing.





Post a comment

21 Comments

  1. Ya allah..bce je dh tkot..ni kn nk mngadap yee😰

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum,saya juga bakal masuk ke uitm jasin kos pengurusan ladang ini pada 15/7..nak tnye mcm mane dgn pelu a ng pekerjaan untuk kos ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. peluang pekerjaan banyak je dik. tak semestinya kau kena kerja ladang jugak nanti. dip ni ibarat tiket nak masuk alam pekerjaan. benda2 mcm tu jangan risau. Apa yang penting sekarang ni masuk sana pastikan mental fizikal kuat dan belajar elok2 :) :)

      Delete
    2. Boleh la kita geng nanti. Saya pon dpt masuk sana jugak course yg sme hehehehe

      Delete
    3. nak geng cemano? tunggu nak grad je ni haha

      Delete
  3. Assalamualaikum...saya pon dapat kos dpim ni...saya nk tanya kos ni ramai ke perempuan???

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...saya pon dapat kos dpim ni...saya nk tanya kos ni ramai ke perempuan???

    ReplyDelete
  5. Assalam...boleh tak explain sikit pasal dpim nie sebab saya dapat tawaran dpim tapi saya tak mibat kos nie

    ReplyDelete
  6. Assalam...boleh tak explain sikit pasal dpim nie sebab saya dapat tawaran dpim tapi saya tak mibat kos nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. majority masuk dpim memang tak minat pun tapi bila dah habis belajar ramai pulak yang proceed kerja bahagian ladang.

      Delete
  7. salam bang, boleh saya tahu details psl subject yg ada kt course ni? sbb sy pun dpt di ni, sy nk tau semua psl sub dip pengurusan ladang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. boleh baca kat sini http://airitanaka.blogspot.com/p/blog-page_23.html . saya perempuan ye bukan laki haha

      Delete
  8. assalamualaikum kak, kak, boleh saya tahu details psl peluang pekerjaan tk? bolehke kalo dh grad ni kita dpt kerja bhgn perladangan ni etc risda fama felda simedarby tu semua? or agak shkar utk peluang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. mesti lah boleh. dah nama ambik ladang tapi kalau nak lari dari bidang ni pun boleh. macam saya sekarang kerja bahagian admin. jadi takda masalah pun pasal peluang pekerjaan

      Delete
  9. Salam kak...saya nak tanya..bayaran kolej kediaman setiap sem berapa ratus ya dekat uitm jasib

    ReplyDelete
  10. Tak tahu pulak kos ladang pub belajar land survey. Ingatkan budak fspu je.

    ReplyDelete
  11. Tak tahu pulak kos ladang pub belajar land survey. Ingatkan budak fspu je.

    ReplyDelete