PENGALAMAN TEMUDUGA SPA (SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA)

Assalamualaikum.

16/4/2019 adalah hari aku pergi temuduga untuk SPA. Kiranya ni baru pertama kali aku dapat panggilan interview dan memang wajib mengelabah. 

Benda pertama kena buat untuk dapatkan temuduga, korang wajib pi daftar dekat website SPA  . Haa ni pandai2 korang lah nak isi apa yang diminta. Lebih kurang macam borang cuma bezanya ini isi online.

Lepas tu korang tunggu sampai dapat email/sms daripada SPA yang mengatakan korang kena buat ujian psikometrik ( bergantung pada jawatan yang korang mintak). Ujian ni buat online juga jadi pastikan tarikh dan masa yang ditetapkan tu korang cuti. 

Katakan lah korang lulus atau gagal ujian, SPA akan hantar email/sms yang menyatakan keputusan ujian tersebut. Kalau gagal tak dapat lah temuduga jawatan tu dan kalau lulus korang akan dipanggil untuk interview pulak cuma bila tarikhnya tidak diketahui sebab tengok kekosongan juga.

Akhirnya, beberapa minggu sebelum interview, korang akan dapat sekali lagi email/sms daripada SPA yang menyatakan korang dijemput untuk datang interview di sekian tempat, tarikh dan masa. Dalam email tu, akan ada list dokumen yang korang wajib bawak dan photostat. Boleh tengok contoh bawah  ni.

  • Kad pengenalan. ( photostat dan ori )
  • Sijil lahir. ( photostat & ori )
  • Sijil kelulusan sekolah SRP/ PMR/ PT3, SPM/ SPM(V)/ SVM/ SKM.. ( photostat dan ori )
  • Sijil berhenti sekolah. ( photostat dan ori )
  • Transkrip & skroll untuk yang ada Dip atau Ijazah. ( photostat dan ori )
  • Sijil-sijil berkaitan.
  • Resume bergambar.

So pagi tu aku terus pergi ke tempat interview, dengan tak tahu apa-apa dan dekat mana sebab bangunan tu besar gila. Pukul 7.15 aku sampai depan bilik temuduga dan ada beberapa orang yang dah sampai. Tengok daripada rupa macam lebih berusia daripada aku. 7.30 pagi ada staff datang dan bukak bilik temuduga. Rupanya dalam tu ada 3 lagi bilik iaitu Bilik Temuduga 1, Bilik Temuduga 2 dan Bilik Temuduga 3. 

Calon yang datang kena check nama dekat kaunter dan masa tu terus dapat nombor giliran interview. Staff akan kasi sehelai kertas checklist dan korang susun lah dokumen ikut apa yang diminta. 

Panel pun dah siap-siap tunggu dalam bilik temuduga. Ketuk pintu, bagi salam dan bagi fail pada panel. Duduk bila disuruh atau mintak kebenaran. Ada dua orang yang interview aku. Dan serius aku cakap, diaorang akan psycho dan buat kau koyak dengan soalan yang bertubi-tubi.

Tapi macam selalu aku buat muka tak bersalah dan jawab je semua soalan yang ditanya. Yang aku tak tahu memang aku jujur lah tapi masa tu panel suka potong cakap aku hahhaa. Yang pasti jangan tunjuk lah muka mengelabah tu, nanti nampak sangat weh.

Ni antara isi interview aku.

  • Kenalkan diri (nama, umur, status)
  • Pendidikan.
  • Apa sebenarnya aku buat kat sini.
  • Kementerian.
  • Apa tu SPA.
  • Pengalaman kerja (kalau takda kaitan dengan jawatan panel akan cakap )
  • Situasi ( Boss suka maki2 so boleh ke aku tahan )
  • Apa bagusnya aku daripada calon lain.
  • Jaga pokok dan bos ada persamaannya so aku kena bagitahu mana persamaan tu.
Dah habis temuduga, aku terus cakap terima kasih, ambil fail dan keluar. Dalam 8.30 pagi aku dah habis dan balik rumah. Post ni pun aku buat pada 17/4/2019 jadi keputusan interview masih belum keluar tapi aku sangatlah POSITIF yang aku TAKKAN DAPAT jawatan tu. 

UPDATE: MEMANG AKU TAK DAPAT PUN JAWATAN TU.


UPDATE 2: TEMUDUGA KALI KEDUA BOLEH KLIK SINI

Post a comment

33 Comments

  1. Goodluck bro. Rzeki x slah alamat 💪

    ReplyDelete
  2. after daftar online tu kan berapa lama masa utk dapat emel/sms ujian psokimetrik tu? thank you

    ReplyDelete
  3. kenapa feel positif X dapat tu, sis? kongsikan lah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dr riak muka panel memang confirm xdpt:P

      Delete
  4. wow budak ladang juga ea. hahaah sis dapat juga spa cuma tunggu interview je ni

    ReplyDelete
  5. Riak muka dia mcm mana sebelom awak keluar.. mmg dia masam dan x senyum ke?

    ReplyDelete
  6. hi mau tnya ba , yg sijil Kelulusan Sekolah tu apa? saya lepasan SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sijil SPM yang ori. Boleh baca kat sini

      https://airitanaka.blogspot.com/2019/10/pengalaman-temuduga-pembantu-setiausaha.html

      Delete
  7. hahaha....biasa pengerusi temuduga je yang psiko lebih wakil jabatan tu ok je tengok...mcm hari tu iv psiko tahap ultimate dah...sekali dah habis dia cakap terima kasih datang dan mencuba nasib di temuduga ini...senduuu dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk iv ni memang psiko pun. tanya soalan menyakitkan hati. kali kedua rilex sikit.

      https://airitanaka.blogspot.com/2019/10/pengalaman-temuduga-pembantu-setiausaha.html

      Delete
  8. Assalamualaikum bro,waaa bgs share pnglmn iv,saya juga budak ladang dn dlm proses tggu pggilan intrviu ptpo jpa,
    Knp yg last tu rasa mmg "TAKKAN DAPAT" ade wat kesilapan msa terviu ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kecelaruan identiti aku nanti org asyik panggil bro. haha

      Dah tak dapat tu memang ada lah benda org tu tak suka.

      Delete
  9. Hai. Sy nak tanya, klau kita dapat iv jwtn Spm, perlu ke kita bawa sijil sijil Diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bawak untuk iv pertama. untuk iv kedua pun bawak. sama je tak dapat.

      tapi data semua dia dah ada so baik bawa

      Delete
  10. Lps tawu tk dpt tu sis mohon next year nye ye?

    ReplyDelete
  11. Nak tya ...borang spaj online yg mane ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi sini

      https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

      Delete
  12. Photostap sijil tu kena cop pengesahan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekolah pun boleh. Sama je proses cop masa nak masuk Dip dulu. Asalkan orang tu ada kelayakan untuk cop.

      Delete
  13. Alamakkk... Sijil berhenti sekolah sy hilang la pulak.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pi balik sekolah. Mintak kat pejabat

      Delete
  14. Awak ada tanya soalan tk bila panel tanya ada apa2 soalan?

    ReplyDelete