DAPAT RM1000 SEBULAN DARIPADA TELEGRAM

Assalamualaikum.

Pernah dengar atau tidak mengenai aplikasi Telegram? Bagi aku, Telegram ni 10 kali ganda lebih bagus dari Whatsapp disebabkan ciri-cirinya yang lebih hebat.

Dulu aku pun sama macam orang lain install Telegram hanya untuk chat dan cari info percuma di channel. Tapi lama kelamaan aku tersedar yang aku boleh buat duit dengan Telegram sahaja. Bukan aku sorang je yang fikir macam ni bahkan ramai yang dah jauh lebih hebat daripada aku.

Aku mulakan dengan create channel untuk produk yang aku jual. Mulanya susah juga tapi aku belajar melalui channel yang dikenali sebagai Warda.com ( klik link ) . Antara silibus Warda.com ialah jadual harian, call to action, cara terbaik untuk sedut subs dan lain-lain.

Tapi aku bukan nak cerita pasal produk yang aku jual. Topik sebenarnya aku nak cerita macam mana aku buat duit hanya menggunakan bot yang aku cipta sendiri. Kalau korang rajin scroll channel orang lain, perasan tak akan ada post yang paparkan pelbagai link channel tak kiralah channel bisnes ataupun channel mutiara kata. Rupanya itu semua kerja bot Telegram. Hebat kan?

Jadi aku berminat nak belajar lebih dalam tentang bot Telegram tapi sedih juga lah tiada sesiapa yang sudi ajar secara percuma. Bagi mereka, benda percuma jarang orang hargai tapi bukan aku. Sesiapa yang kenal aku ni memang tau aku sangat kedekut untuk keluarkan duit sekiranya silibus yang aku akan belajar tu tak cukup berbaloi dengan yuran yang aku akan bayar. Kedekut atau terlalu berjimat cermat? Aku cuba juga cari tutorial di Google tapi malangnya tiada satu pun jawapan yang aku mahu. Yang aku jumpa hanyalah mengenai BotFather dan ManyBot. Setelah sebulan aku bertapa mencari jawapan, barulah aku tersedar yang BotFather dan Manybot berkait rapat dan ia adalah langkah pertama dalam pembinaan bot.

Tapi masalah lain pula timbul. Macam mana aku nak hantar post iklan pada channel orang lain? Ahhh! . Bertapa lagi sebulan untuk mencari jawapan. Penat fikir dan aku hampir juga lah putus asa tapi Allah tolong aku dan cetuskan idea yang sudah lama aku tunggu. Apa lagi, aku terus try & error dan akhirnya berjaya!


Macam mana pula dapat RM1000 daripada Telegram? Haa inilah trik yang aku belajar hasil daripada pemerhatian. Kan aku dah buat bot untuk iklan, jadi sesiapa yang nak join list iklan aku wajib bayar yuran RM5/link dan aku juga buat pelbagai pakej yang ada keistimewaan tersendiri bernilai RM150. Ini kira murah tau. Aku pernah jumpa yuran iklan RM50 sebulan/link. Haa ambik kau lagi mahal.

Dan Alhamdulillah setakat ni servis sedut subs aku berjalan lancar.

BISIKAN DOA

Post a comment

9 Comments

  1. serius tak tahu buat bot pun boleh buat duit. kene belajar juga ni. benda baru ni.

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak earn duit menerusi telegram161190083277 maybank 0128546652

    ReplyDelete
  3. Masih buat ke nape cek link macam Tak dapat.

    ReplyDelete
  4. masih buat ke?? mcm mna ye??

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. masuk sini https://t.me/milkyteapromo

      Delete