Beli buku terpakai murah di Shopee Malaysia.

Assalamualaikum.

Baru pertama kali aku beli buku terpakai di Shopee dan boleh dikatakan harga yang ditawarkan dari peniaga sangat berpatutan. Kenapa aku sanggup beli buku terpakai dan bukannya buku baru? Senang je alasannya sebab aku nak jimat duit tapi aku tak nak proses bacaan aku terbantut buat sekian lama.

Jadi aku mula mencari buku Bahasa Inggeris disebabkan aku dah mula muak baca novel yang klise. Genre yang aku cari adalah selain daripada genre cinta yang membosankan. Bukan aku tak percayakan cinta tapi jalan cerita di dalam novel sangat tidak realistik dan aku dah lama tinggalkan zaman begitu.

 Dalam masa dua minggu juga proses menggali buku terpakai di Shopee. Seperti biasa, aku lebih sukakan "penghantaran percuma RM11" disebabkan jumlah minima yang diperlukan untuk dapatkan penghantaran percuma sangat rendah. Banyak juga buku yang ada di dalam troli aku tapi akhirnya aku buat keputusan untuk beli dua buah buku sahaja walaupun nafsu nak membeli lebih banyak buku sangat besar.


The Art of War FOR DATING. Master Sun Tzu's Tactics to win over women
The Art of War FOR DATING.
Master Sun Tzu's Tactics to win over women

Apa yang kelakar tentang buku ni sebenarnya, aku tak baca tajuk sampai habis. Bila dah sampai baru aku perasan yang buku ni adalah panduan untuk memikat hati perempuan. Apahal aku nak pikat perempuan pulak? Aku ingatkan buku ni tentang lelaki. Puas aku kena gelak semalam. Ini lah padahnya bila malas nak membaca sampai habis.
Tough Times Never Last, But Tough People Do!
Tough Times Never Last, But Tough People Do! 

Buku ni pula adalah buku lama. Warna pun dah kuning dan kalau korang nak tau, buku ni diterbitkan pada tahun 1984. Jadi aku tak tahu berapa ramai tuan buku sebelum ni dan aku harap takda momok yang ikut balik disebabkan aku beli buku ni. Isi buku ni pun padat. Aku baru baca muka surat awal dan bila aku dah selesai baca, Insyaallah aku akan buat sedikit ulasan.


DAH BACA PENGALAMAN AKU YANG LAIN? KALAU BELUM BOLEH KLIK BAWAH NI.


Post a comment

2 Comments

  1. membeli buku terpakai di shopee memang sangat seronok.. harga yang ditawarkan berpatutan.. Sha pun pernah beli juga..

    ReplyDelete
  2. wahh tak tahu pula ada buku terpakai. biasa beli yang baru je di shopee ni

    ReplyDelete