PENGALAMAN GAGAL UJIAN JPJ LESEN KERETA

Assalamualaikum.


Umur aku dah masuk 24 tahun tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil lesen kereta. Bukan tak nak ambil sebelum ni tapi disebabkan kekangan masa, aku terpaksa tangguhkan. Aku buat keputusan nak ambil lesen bersama adik supaya ada kawan dan hilang rasa gementar tu.

Dipendekkan cerita, selepas ujian Qti, aku terus ambil ujian jpj pada bulan 6. Seram tu tak payah cakap lah. Masa tu ramai yang ambil ujian sama ada manual atau auto. Pukul 8 kena ada dekat sana dan siap daftar. Aku tengok angka giliran dan ambil tag nombor daripada kaunter.

Sebelum mula, pegawai akan bagi sedikit penerangan berkenaan dengan apa yang perlu dan tak boleh dilakukan sepanjang ujian dijalankan. Bila dah selesai, bermulalah RPK iaitu rutin pemeriksaan kenderaan. Masa ni suara kena kuat dan pastikan pegawai dengar kalau tak memang sah kena ulang semula dari awal. 

Bila RPK dah selesai, aku kena buat ramp sebab aku ambil lesen auto. Bab ni memang senang sangat tapi ramai yang gagal. Kedua pula aku kena buat bukit dan masa ni aku lepas untuk parking dan juga tiga penjuru. Tapi malangnya aku gagal dekat lorong Z dan terus buat ujian jalan raya pula. 

Sepatutnya bila masuk kereta, aku kena bagi salam tapi aku diam seribu bahasa disebabkan terlalu takut dan pegawai tu terlalu hensem. Maka aku pun teruskan perjalanan selepas selesai bahagian RSM iaitu rutin sebelum memandu. Alhamdulillah aku lulus bahagian jalan raya disebabkan pegawai tu baik hati dan kalau diikutkan patut gagal sebab aku terlupa bagi signal tapi pegawai tu cepat-cepat ingatkan aku pasal signal.

Kali kedua aku ambil lesen ulang semula semua di litar tapi tetap gagal. Tipulah kalau aku tak kecewa dengan diri sendiri. Cikgu aku pun jenis kuar perli, kata lesen auto patut tak gagal langsung dan aku macam biasalah buat muka tak heran. Satu perkara tentang aku ni, aku jenis susah nak sorok muka bila menyampah dengan seseorang atau sesuatu. Memang jelas terpancar muka menyampah tu.

Tapi kali ketiga aku nekad untuk buat sebaik mungkin dan Alhamdulillah akhirnya aku lulus. Lepas ni aku nak pergi buat ic baru pula. Selama ni cuma pakai ic lama yang buat semasa darjah enam je.

Untuk nota yang lebih terperinci aku akan tulis post baru.

Post a comment

31 Comments

  1. Kereta ni nak pandai memang kene drive selalu. Lama2 boleh la tum good luck next exam pula hehe

    ReplyDelete
  2. Best bila dpt bawa kereta sndri..anytime bleh lepas ke melaka la kelantan la hehe..done follow blog airi

    ReplyDelete
  3. abe kie dulu ambik lesen kereta di JPJ Wangsa Maju pd thn 1995. Alhamdulillah terus lulus. Tp cuma thn 2019 baru berani memandu di KL dan kawasan yg sewaktu dengannya. Hahahaha...

    ReplyDelete
  4. hi jemput join ye :) https://dramaticyang.blogspot.com/2019/12/1st-giveaway-by-yysella.html

    ReplyDelete
  5. bukan ada sekolah memandu yg pastikan kita lulus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan lulus apa? ingat diaorang heran ke lulus ke tak? duit je dalam kepala tu.

      Delete
  6. Alhamdulillah berjaya akhirnya. Tahniah! JPJ ni memang strict. salah sikit pun tak bagi lulus. Iyelah kan, peraturan jalan raya tak boleh ambil mudah untuk kesalamatan semua pengguna jalan raya termasuk lah kita sendiri :)

    ReplyDelete
  7. aah memang strict tapi bila lulus ramai je bawak kenderaan macam tak pernah masuk sekolah memandu

    ReplyDelete
  8. saya failed kali ke-4 ujian litar minggu lepas.rasa down memang nak give up.Time latihan smooth je takda salah.tapi masa test,i couldnt handle my severe anxiety.sekarang tengah cari motivasi untuk repeat kali ke-5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kena panic attack masa ujian tu. Hanya Tuhan je tahu betapa susah saya nak bernafas. Awak blh je buat ujian cuma bukan rezeki untuk lulus. Mungkin kali kelima awak lulus.

      Masa tengah ujian tu kalau awak terlalu takut baca ni

      Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim bil khair
      "Ya Allah ! Permudahkanlah segala urusanku,
      janganlah Engkau persulitkannya,
      Sempurnakanlah ia dengan kebaikkan..."

      Delete
    2. Sy jpj hri ni repeat kali 3 doakan sy ya tq atas motivate

      Delete
  9. Pengalaman saya hari ni hri kedua saya bawk kereta untuk KKP02da... cikgu dah letih ajar saya. Cikgu suruh ke kanan sya ke kiri... cikgu suruh stay stereng sya gi tekan break ... untuk lorong 'Z' saya x pass main belok je kerete pun asyik naik tebing aje... ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ๐Ÿ˜ฃ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak nervous sangat tu. Tarik nafas dan baca doa ni baca kali dalam hati.

      Rabbi yassir wala tu’assir wa tammim bil khair
      "Ya Allah ! Permudahkanlah segala urusanku,
      janganlah Engkau persulitkannya,
      Sempurnakanlah ia dengan kebaikkan..."

      Delete
  10. Saya nak tanya kalau gagal ulang yang kita gagal saja atau ulang semua sekali?

    ReplyDelete
  11. Saya pun mengalami perkara yang sama tak lepas lagi. Doakan saya lepas JPJ di litar๐Ÿ˜ž

    ReplyDelete
  12. Br semalam test jpj...ramp gagal terus....doakan akk lulus utk kali ke 2 ye....gemuruh plus akk takut sangat....hanya allah yg tahu..

    ReplyDelete
  13. Saya pun asyik gagal ja kat litar nak turun bukit mati enjin, tambah saya kena marah dengan cikgu kat litar terus saya lupa step.. Hmm doakan kan saya dipermudahkan urusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. manual ke? ramai yang gagal kat bukit kalau manual

      Delete
  14. aku ni laki..tapi malas nak ambil lesen D sebab aku takut gagal... sebab aku xda masa nak belajar manual sbb usia dah meningkat pastu kerja lagi busy so buat keputusan ambil DA saja...g pun mmg nak pandu auto saja... syukur sekali test dah lulus jimat duit xyah ualang n stress dengan ragam jpj... hehe...skrg lesen aku dah genap sebulan P... wkwkwk x sabar nak drive kat jalan... keta masih booking blm sampai...xsabar nak competen...;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi untunglah. kat tempat belajar sini selalu kata kalau lelaki ambil auto, memang bukan lelaki. teruk kan? haha

      Delete
  15. Bestnya dah lulus JPJ.nak tnya sikit.kalau gagal repeat bahagian yg gagal sahaja atau semua sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. gagal litar repeat litar sahaja tapi kena buat dari awal.

      Delete
  16. Semalam first test jpj sy...Taw x la kerasukkan apekah sampai tekan brek be4 line kuning.. Aiyooooo..mmg down gile gagal.. Nasib bhgian 3 lulus.. Xde nk kne repeat 2 2 bhgian..... Minggu depan test kali ke 2...ade kah ade sinar lulus??? Hope lulus la... Xmo ulang2....kalau xde rezeki lagi maka kne test lagi sampai lulus... Doa kan sy lulus mcm awak

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa banyak2 dan jangan terlalu nervous tau

      Delete
  17. 29/9 sy first jpj test tapi gagali jalan raya sbb x bagi signal n then litar pulak gagal sbb parking cari duit lagi nak repeat utk second time nasib baik parents bagi rm 280 lak tu utk repeat 2 bahagian ...n then harine jalan raya lulus tapi gagal kat litar bahagian tiga penjuru i rse sgt down bile pegawai jpj srh klur dri kereta ...i mintk peluang dgn jpj tapi strict ....rse nk give up down tu tahap2 yg paling rendah dlm hidup i nie....banyak dugaan yg sy hadapi ...lesen auto tapi senang fail kawan i yg lain first jpj dh lulus dgn senyuman manis mereka klur ...tapi sy nie cari motivasi utk repeat kali ke 3... n cari duit mintk kat kawan utk repeat bahagian litar n tambah klas seblm gi jpj ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masa kelas awak ok je, bagi saya tak perlu ambil kelas lagi. Benda yang sama dia akan ajar. Awak cuma nervous je tu. Kalau litar memang takda peluang lagi dah sebab ramai mata2 yang perhatikan.

      Delete