PENGALAMAN TUKAR IC LAMA KEPADA IC BARU.




Assalamualaikum.

Korang tau tak ic lejen tu apa? Ic lejen ni sebenarnya IC yang digunakan dari sekolah rendah bawa hingga ke tua. Dalam kes aku sampai umur 24 tahun.

Memang dah sedia maklum siapa yang guna IC lama kena tukar yang baru dan masa arahan dikeluarkan tu, aku masih belajar DPIM dan kulit muka aku sangat hitam. Jadi ibu tak benarkan aku tukar IC baru dan katanya sebelum masuk 25 tahun kena tukar. IC aku ni bukan setakat koyak tapi siap pakej kuning dan perlian dari JPJ sebelum ni. Katanya lejen.

Dekat mana aku tukar IC? Aku pergi UTC pada waktu petang dan aku ingatkan memang lengang tapi silap percaturan rupanya dekat sana sangat ramai dengan pelbagai kaum dan pelbagai bau. Pening kepala sementara menunggu giliran. Nasib baiklah ada askar yang hensem bolehlah cuci mata sekejap walaupun hidung menahan bau busuk.

Berbalik pada IC tadi aku kena ambil nombor dekat kaunter luar dan kaunter tu ada pelbagai Jabatan. Aku cuma perlu pergi kaunter JPN dan cakap nak tukar IC, dapat nombor dan tunggu giliran. Bila tiba giliran aku, pegawai akan minta IC lama dan bayaran sedikit sebelum gambar aku ditangkap. 

Selepas tangkap gambar, aku dapat kertas yang mengatakan aku perlu ambil nombor sekali lagi di kaunter JPN pada sekian waktu dan aku pun tunggu sehingga masa yang pegawai tersebut tetapkan. Selepas ambil nombor, aku masuk semula ke dalam dan tunggu giliran seperti biasa. Penat menunggu. Akhirnya tiba giliran aku. Nombor dipanggil dan aku dapat IC baru dan terus beredar menaiki grab dalam keadaan lapar.

Kewujudan UTC sangat memudahkan bagi aku disebabkan pelbagai Jabatan ada di bawah satu bumbung. Sebelum aku tamatkan cerita ni, aku nak ringkaskan proses tukar IC lama ke IC baru.

1) Pergi UTC
2) Ambil nombor di kaunter.
3) Tunggu nombor dipanggil, dikenakan bayaran dan tangkap gambar.
4) Keluar semula dan ambil sekali lagi nombor giliran di kaunter pada sekian waktu yang telah ditetapkan.
5) Tunggu nombor giliran dipanggil dan ambil IC baru.

Post a comment

1 Comments

  1. Hahaha ic lejen. Saya paling lama sampai umur 21 kot. Tu pn sebab nk buat passport

    ReplyDelete