MACAM MANA NAK BELAJAR BUAT BOT TELEGRAM?



Assalamualaikum.

Setelah sekian lama aku merajuk dengan Telegram, akhirnya aku ambil keputusan untuk rujuk semula. Ibarat aku ceraikan Telegram dengan talak dua. Mungkin bagi orang lain merajuk hanya disebabkan plagiat adalah perkara kecil, tapi bagi aku perkara ini sangat menyakitkan hati. Bukannya senang untuk aku memerah idea dan memilih perkataan yang sesuai untuk digunakan. Kadang-kala mengambil masa sehingga seminggu untuk sampaikan sesuatu maklumat pada orang lain. Padahal maklumat yang ingin disampaikan sangatlah mudah.

MACAM MANA NAK BELAJAR BUAT BOT TELEGRAM?

Namun apakan daya, manusia yang sudah biasa plagiat hasil kerja orang lain tanpa perasaan segan silu terus menerus menekan butang 'copy paste'. Hasil kerja aku di Telegram adalah mata pencarian aku. Di sana jugalah aku dapat kumpul duit tanpa mengeluarkan modal yang banyak. Jadi mereka yang tidak tahu malu, tidak akan peduli semua itu, yang mereka fikir hanya perlu cari jalan paling mudah untuk siapkan kerja mereka.

Nak dipendekkan cerita, aku mula belajar buat bot Telegram tanpa bantuan orang lain. Bukanlah sombong tetapi aku tidak mempunyai sesiapa yang ada kepakaran dalam bidang itu. Lama-kelamaan aku berhasrat nak mula menulis Ebook mengenai bot Telegram ni. Aku pun sengaja usha di Shopee, dan harga ebook mengenai Telegram dijual dengan harga RM25 hingga RM35. Bagi aku harga tersebut berbaloi sebenarnya kalau hendak dibandingkan dengan penat lelah penulis untuk mempelajari bot dan menulis Ebook. 

Susah ke nak belajar Bot Telegram? Ye ! Memang susah kalau perkataan itu dah dipasakkan di dalam kepala. Percaya atau tidak, tiada sesiapa yang sudi mengajar aku mengenai Telegram. Semuanya dikenakan bayaran. Memang tidaklah aku nak keluarkan modal disebabkan aku sendiri tidak mempunyai duit yang banyak.

Berbalik pada tajuk post ini. Macam mana nak belajar buat bot Telegram? Senang sahaja jawapannya. Tunggu aku siapkan Ebook dan nanti korang bolehlah beli. Duit yang saya dapat hasil daripada jualan Ebook akan saya simpan untuk tujuan perkahwinan dan kelas menulis.

Jumpa lagi.


Post a comment

0 Comments