Beli telefon bimbit REALME 6 PRO di Shopee.

Assalamualaikum.

Siapa pernah beli telefon bimbit secara online? Mesti takut kan? Lagi-lagi bila tiada COD disediakan oleh penjual. Risiko untuk kena tipu sangat tinggi sebenarnya. Tapi aku tetap teruskan niat untuk beli telefon bimbit baru disebabkan telefon yang aku sedang guna memang sudah nazak menunggu untuk mati sahaja.

Di mana lagi aku nak beli barang selain daripada Shopee yang telah lama menjadi tempat kegemaran aku menghabiskan duit simpanan. Bagi aku, Shopee adalah tempat paling selamat untuk shopping kerana duit yang dibayar akan dipegang oleh Shopee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada penjual. Maknanya aku boleh return sekiranya barang yang sampai salah atau rosak. Aku juga boleh tekan butang 'extend Shopee guarantee' sekiranya barang belum tiba di depan rumah. 

Apa langkah pertama untuk beli telefon bimbit? Mestilah survey ciri-ciri telefon yang aku suka. Pada mulanya aku sudah berkenan dengan Xiaomi Black Shark yang lama tapi bila aku baca spec telefon tersebut, aku mula rasa tak berkenan. Harga pula mahal jadi aku rasa tak berbaloi untuk aku teruskan. Beralih pada Xiaomi Black Shark 3 pula, semua bagus tapi bajet pula lari. Mana aku tak sedih. 

Akhirnya kawan aku beri cadangan supaya beli Realme 6 Pro. Awal-awal aku teragak-agak juga disebabkan bateri hanya 4300 mAh tapi aku tetap pertimbangkan cadangan itu. Jadi bermula lah pencarian telefon bimbit tersebut di Shopee dengan harapan dapat harga yang murah berbanding di kedai. Agak-agak dalam masa beberapa hari sahaja aku dah boleh buat keputusan untuk beli Realme 6 Pro daripada seorang penjual. 

Betul lah penantian itu satu penyeksaan. Apabila REALME 6 PRO sudah tiba, aku segera cas sehingga bateri penuh dan mula membelek sampai puas. Gambar di bawah adalah kotak REALME 6 PRO.

REALME 6 PRO, shopee
Cantik pula kotak ni.

Gambar di bawah pula, adalah telefon REALME 6 PRO. Bagi aku, warna yang dijual sangat lawa tapi apakan daya aku tersilap pilih warna. Niat asal hendakkan warna lain tapi bila penjual sudah post barang, baru aku perasan jadi redha sahajalah. Lagipun memang sah-sah salah sendiri.


Untuk spec lebih lengkap, korang boleh Google sendiri tau. Kamera sangat cantik dan paling penting aku boleh main Call of Duty (COD) dengan PUBG di telefon ni. Semua sangat smooth dan screen recording boleh rakam segala-galanya. 

Belian kali ini aku sangat berpuas hati walaupun aku terpaksa tutup mata bila sampai bahagian membayar. Jadi berapa harga Realme 6 pro ni? Harga asal dalam RM2000 tapi aku jumpa penjual yang beri harga dalam RM1199 dan aku guna kupon beserta Shopee coins. Maka aku hanya bayar RM1194 FREE POSTAGE.

Jadi pembaca sekalian, agak-agak berbaloi ke aku beli Realme 6 Pro di Shopee ni? 

Post a comment

3 Comments

  1. Dalam 2minggu lepas pun kita beli juga Realme 6. Cuma takde PRO je. hehehe
    Beli di shopee juga. Alhamdulillah sehari je smpai. harga pun x sampai Rm1k..
    Beli pun sebab fon lama dah nazak juga.

    ReplyDelete
  2. kalau beli di shoppe . resit pembelian kira camne ye ? mcm mana nak claim warranty ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh mintak kat seller. Tanya dulu dia kasi atau tidak sebab ada sesetengah seller tu taknak kasi pun.

      Delete