Beli buku preloved RM1 di Shopee Malaysia. Murahnya !

Sekian lama aku tidak buat ulasan buku yang dibaca dan juga mengenai barang-barang yang dibeli di Shopee MY. Mungkin disebabkan perasaan malas membuak-muak atau mungkin disebabkan terlalu banyak cerita mengenai abang polis yang aku kena siapkan. Bagi aku yang baru sahaja belajar menulis ini, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk menceritakan semula pengalaman orang lain mengikut pemahaman aku sendiri. Iyelah. Bukan aku yang duduk dekat PULAPOL Langkawi dan menjalani latihan bersama orang lain. Maka disebabkan itulah aku terpaksa tangguhkan cerita lain.

Aku dah bercadang dari awal bulan untuk beli buku terpakai atau lebih dikenali sebagai buku preloved. Sebelum ni aku pernah juga beli buku preloved di Shopee tetapi memandangkan tajuk dan isinya tidak berapa seronok untuk dibaca, maka bermulalah pencarian buku terpakai yang lain. Bagi aku kan, aku tidak berapa kisah mengenai genre yang aku baca asalkan bukan genre cinta yang menggelikan itu. Bukanlah aku bencikan cinta tetapi kebanyakan novel cinta akan berakhir dengan pengakhiran yang seronok dan memuaskan hati para pembaca.

Nak tengok buku terpakai yang aku beli? Ini antara tajuk yang aku sempat beli sebelum orang lain rampas daripada tangan aku. Buku Bahasa Inggeris yang menjadi pilihan aku untuk kali ini dan antara keempat-empat buku yang aku beli, Cellar Girl adalah buku yang paling seronok dibaca dan aku berharap ada kekuatan dalam diri ini untuk buat ulasan mengenai buku ini.

Secara ringkasnya Cellar Girl yang ditulis oleh Josefina Rivera adalah mengenai seorang wanita menagih dadah dan sering kali menjual tubuh badannya kepada lelaki buas yang sentiasa mencari keseronokan duniawi. Nasibnya bertambah malang apabila diculik oleh seorang pembunuh bersiri yang mempunyai angan-angan mahukan anak daripada wanita yang dipilih olehnya. Ada yang dibunuh dengan kejam dan ada yang mati kerana terlalu sakit diseksa oleh lelaki berkenaan. Apa pula nasib watak utama dalam Cellar Girl? Pembunuh bersiri berjaya ditangkap atau masih terlepas? Nantikan ulasan buku di masa akan datang yang entah bila-bila. Hehe. Cuma aku tidak berapa pasti adakah cerita ini adalah kisah benar penulis atau sekadar cerita semata-mata.

Kesemua buku yang dihantar oleh penjual berada dalam keadaan yang sangat baik. Elok berbalut tau. Tiada kesan kotor atau lipatan. Nampak sangat penjual ini sangat cintakan buku-buku yang dibelinya. Cuma yang tidak seronok bila aku kena bayar postage walaupun beli di Shopee sebab penjual tersebut tidak daftar program Free Shipping RM15. Maka leburlah RM5 untuk bayar postage. Tapi, aku sangat berpuas hati dengan keadaan buku yang dibeli dan aku sudah berpesan kepada penjual supaya beritahu aku sekiranya ada buku lain yang ingin dijualnya.

Post a comment

2 Comments

  1. abe kie x sempat baca buku2 cerita skrg cuma baca paper n buku utk mengajar murid2 je.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya dapat buku murah2

    ReplyDelete