Novel Perempuan Di Pinggir Tasik. Susunan Suraiya Pauzi.

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin menulis sedikit ulasan mengenai novel Perempuan Di Pinggir Tasik susunan oleh Suraiya Pauzi dan diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Harga buku adalah RM14.90 tetapi saya beli dengan harga RM1 sahaja kerana penjual sedang mengadakan jualan murah di kedainya. Buku ini diterbitkan pada tahun 2008 dan kondisi boleh dikatakan dalam 9/10 kerana bahagian bucu buku ada sedikit kerosakan. Mungkin dijual dengan murah kerana ini adalah buku reject. Mungkin.

Sinopsis.
Demi menjaga hati orang yang disayang...
Perasaan sendiri dipendam,
Namun terkadang meletus jua!
Rukun rumah tangga perlu dipelihara...
Namun, datang ujian, bergoncang jua ia...
Hati jadi remuk, sanubari terpalit luka!

Hanya iman jadi pedoman,
Hanya sabar dan kesetiaan jadi penyelamat!

Hayatilah 15 kisah indah di dalam PEREMPUAN DI PINGGIR TASIK.
Bagaikan halwa untuk kalbu yang gundah.

Novel, Perempuan di Pinggir Tasik, buku, books

Rupa-rupanya karya kreatif ini merupakan cerpen terpilih yang pernah diterbitkan di dalam Majalah ANIS. Adakah cerita benar atau hanya imaginasi tinggi para penulis? Tidak pula dinyatakan di dalam buku ini. Terdapat 15 kisah yang boleh dijadikan sebagai pengajaran. Mungkin ada juga kisah yang bersangkut paut pada diri pembaca dan boleh memberi semangat ataupun nafas baru kepada diri sendiri.

Sponsor: Shopee.com.my/bukuprojek

Post a comment

0 Comments