Lubuk buku murah?

Assalamualaikum.

Beberapa hari sebelum ini, ada yang bertanyakan kepada saya. Wujud lagikah manusia yang membaca buku di zaman sekarang? Bagi dia semua ini macam satu pembaziran kerana kebanyakannya lebih suka melihat telefon bimbit berbanding membaca buku.

Jawapan saya sangat mudah. Selagi masih ada penerbit yang menerbitkan buku, maka masih ada yang rajin membaca buku. Mahal atau murah bergantung kepada buku dan tempat yang dibeli. Selalunya buku yang dijual di kedai lebih mahal atau dijual dengan harga runcit kerana banyak kos yang perlu ditanggung. Manakala buku yang dijual di atas talian lebih murah seperti di Shopee Buku Projek. Tajuk buku juga ada pelbagai dan tidak fokus pada satu genre sahaja. 

buku, books

Gambar di atas adalah antara buku yang dijual oleh pihak Buku Projek . Diskaun dan Free Shipping juga ada disediakan di samping 'free gift' untuk pelanggan Buku Projek. Ada lagi seronok tau. Buku Projek juga ada menyediakan perkhidmatan mencari buku yang tiada di dalam Shopee mereka kerana ada beribu-ribu buku yang perlu dikemaskini. Korang cuma perlu beri tajuk atau gambar buku yang berkenaan dan hantar kepada pihak Buku Projek melalui chatting Shopee. Mudah sahaja kan? Jadi marilah kita sama-sama terapkan budaya membaca dalam diri masing-masing.

Shopee: shopee.com.my/bukuprojek



Post a comment

0 Comments