Aramex tak boleh pakai?

 

aramex, courier, poslaju, ninjavan

Assalamualaikum.

Pernah dengar mengenai Aramex tak? Bagi yang tidak tahu, Aramex adalah kurier seperti Poslaju, J&T dan Ninja Van yang bekerjasama dengan Shippop untuk memudahkan penghantaran barang. Shippop pula menawarkan servis sama seperti MyParcelAsia dan Easy Parcel. Bagi saya Shippop lebih mudah untuk guna kerana saya hanya perlu bayar apabila saya mahu menggunakan servis mereka sahaja.

Untuk menghantar buku kepada pelanggan, saya memilih Aramex kerana kos penghantaran yang sangat rendah iaitu RM6.60 berbanding kurier lain. Saya tidak menjual buku secara serius pun. Saya hanya mahu melihat buku-buku lama yang sudah saya miliki berpindah tangan kepada orang lain. Lagipun rak buku saya terlalu padat sehinggakan saya terpaksa menyimpan buku di dalam almari baju. 

Pada mulanya posmen Aramex akan pickup buku seawal 1 petang dan pelanggan boleh 'trace sendiri barang selepas 24 jam. Senang cerita saya sangat berpuas hati dengan Aramex dan tidak mahu menggunakan kurier lain. Tetapi, Aramex mula buat hal apabila tidak mahu muncul untuk 'pickup' buku yang saya mahu hantar. Bayangkan saya tunggu dari 1 petang sehinga 6 petang dan batang hidung posmen pun tidak nampak. Masa tu saya terfikir juga, adakah saya ada buat salah dengan posmen sehingga tidak mahu datang ke rumah? Sekiranya ada, itu tetap tanggungjawab dia untuk datang dan 'pickup' barang. Saya tidak ada pun berbual kosong dengan posmen. Cuma ucapkan terima kasih dan terus masuk ke dalam rumah kerana saya fikirkan dia mahu kejar masa. 

Saya mula cari staff Shippop kerana saya berurusan melalui mereka dan staff memberitahu saya bahawa mereka akan meminta Aramex untuk datang semula keesokan harinya. Tapi batang hidung posmen tetap  tidak muncul. Saya mula sakit hati dan pada hari ketiga, saya cari semula staff menggunakan Facebook. Mereka menasihati saya untuk batalkan pesanan pickup dan minta bayaran balik sebanyak RM6.60 . Sudahlah proses ambil masa 7-14 hari, kena pula tebalkan muka untuk beritahu pelanggan mengenai berita buruk ini. 

Sesudah saya batalkan pesanan, saya mula cari mengenai Aramex dan ada beberapa orang yang tidak berpuas hati dengan kerana posmen tidak muncul untuk ambil barang di rumah mereka. Nampaknya bukan saya seorang sahaja yang hadap perkara macam ini. 

Maka dengan ini saya tidak mahu gunakan perkhidmatan Aramex lagi dan akan mula menggunakan kurier lain walaupun sedikit mahal. Cumanya Shippop sangat bagus dan pantas membalas pertanyaan saya jadi saya akan setia dengan syarikat ini.

Post a comment

0 Comments