Buat lesen kereta P di JPJ Negeri Sembilan

 Assalamualaikum.

Kali ini saya nak cerita sikit pengalaman buat lesen P di Jpj. Saya ingatkan boleh pergi ke UTC dan buat di sana sama seperti buat IC baru tapi rupanya bukan. Nasib baiklah saya Google dulu apa yang patut sebelum pergi ke sana.

Sebelum pergi ke Jpj ada beberapa perkara yang perlu dibawa seperti kad pengenalan (IC), keputusan lulus ujian Jpj, gambar passport latar belakang putih dan duit RM60. Untuk keputusan ujian tu, saya cuma bawa kertas yang menunjukkan saya lulus sahaja. Kalau korang ambil sampai 5 kali dan kali kelima baru lulus maka bawalah yang itu sahaja. Tak perlu bawa keputusan yang gagal. 

jpj, lesen, lesen kereta, ujian jpj, ujian memandu, lesen P, lesen L

Sampai di sana, saya terus ambil nombor giliran dan menunggu dengan penuh debar. Takut juga sebenarnya kerana saya tidak pernah sekali pun sampai di Jpj dan nasib saya baik ayah mahu temankan saya. Kalu tidak mahu keras macam batu je dekat situ. Setelah nombor dipanggil, saya terus pergi ke kaunter dan beritahu nak buat lesen P. Saya beri semua yang dibawa dan bayar RM60 untuk lesen yang akan bertahan selama 2 tahun.

Selepas itu, saya perlu tunggu sebelum dipanggil semula ke kaunter lain untuk kutip lesen yang sudah siap. Tidaklah lama mana pun proses ini. Tidak sampai 30 minit pun dan saya terus beredar pulang ke rumah.

Jadi secara ringkasnya ini yang korang perlu buat sebelum pergi ke JPJ.

1) Lulus untuk Bahagian 2 dan 3.

2) Kad Pengenalan.

3) Keputusan Lulus.

4) Gambar passport.

5) Duit.

Itu sahaja untuk post kali ini. Pendek dan ringkas. Tahniah saya ucapkan kepada yang lulus ujian memandu. Pada yang belum lulus, jangan putus asa kerana awak tidak berseorangan menghadap kegagalan ini. Yang pasti kena semangat dan sentiasa berdoa supaya Tuhan permudahkan urusan awak.


Post a comment

0 Comments