Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara buat slides aesthetic untuk PowerPoInt

Assalamualaikum.

Perasan tak bila buat presentation, mesti ramai pakai template yang Power Point dah sediakan. Korang tak teringin ke buat slide aesthetic atau lain daripada lain? Tak kisah lah presentation untuk kerja mahupun belajar sekali pun, mestilah kat sudut hati tu nak juga merasa pujian daripada orang lain.


Semasa Diploma dulu, saya memang tidak akan guna template PowerPoint yang buruk tu sebab selalunya tajuk presentation yang saya dapat amatlah membosankan. Jadi untuk dapatkan perhatian kawan-kawan sekelas, saya akan cuba sedaya upaya untuk buat template sendiri walaupun tidak secantik mana. 


Dan boleh dikatakan setiap presentation yang saya buat mesti ada sticker atau gif loading untuk slide yang pertama. Jadi bila buat full screen, butang loading 
tersebut akan berpusing dan ramai yang akan terpedaya sambil menunggu slides tersebut habis loading. Sedangkan sampai tahun depan pun tidak akan habis loading kerana ia hanyalah sticker dan dari situ perhatian mereka dah mula beralih semula pada saya. 


Nampak tak betapa pentingnya slides yang aesthetic atau yang menarik perhatian mata-mata yang melihat. Jadi kali ini saya nak tunjuk langkah-langkah buat slides yang sangat mudah dalam masa yang singkat. Korang tengok je video bawah ni dan boleh gunakan langkah yang sama untuk slides seterusnya. Lagi best, korang boleh screenshot hasil tersebut dan buat cover untuk Youtube korang.





Post a comment

0 Comments