Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Review Buku Santet - Penulis Saat Omar.

Assalamualaikum. 

Novel Santet ini sudah lama saya selesai baca tetapi baru ini saya ada kesempatan untuk menulis. Jujur saya katakan, bahawa perasaan saya untuk meneruskan blog ini sangatlah tipis. Semakin lama semakin malas dan ketiadaan idea untuk blog ini. Sekiranya korang perasaan, nak menulis sebulan sekali pun belum tentu saya akan buat.

Tapi kali ini saya cuba untuk kuatkan hati dan menulis review ringkas mengenai novel Santet oleh Saat Omar. Novel ini diberi pada saya makanya ia adalah novel yang sangat istimewa walaupun keadaan buku ini boleh dikatakan hanya menunggu masa untuk terkoyak. Saya habiskan masa 1 hari untuk selesaikan bacaan dan banyak bahagian yang buat saya sering ketawa berdekah-dekah.

santet, novel, buku
Santet - Saat Omar

Tajuk: Santet

Penulis: Saat Omar

Muka Surat: 354

Penerbit: Fixi

Tarikh Terbit: 2014

ISBN: 9789670750101

Genre: Komedi Seram Cinta

Sinopsis Santet - Saat Omar

Dukun Hitam yang sudah bersara kini tinggal di pelusuk kampung, cuba menjauhkan diri dari masyarakat. Dia didatangi seorang perempuan kaya, Mariam, yang mahu mengupahnya mengenakan ilmu hitam dengan membusungkan perut bekas suaminya dengan lintah, satu teknik yang menjadi kepakarannya. 

Kesuntukan wang memaksa Dukun Hitam menuruti kehendak Mariam. Kemudian muncul Boni,  pakar sihir burung, seteru utamanya dalam bidang perdukunan yang cuba membuat perhitungan terakhir. Selain itu Dukun Hitam juga menghadapi ancaman dari Voodoo Man, sekumpulan kartel dadah Mexico dan seekor lintah handal yang diberi nama Timothy Dalton.

Tapi komplikasi utama ialah apabila Dukun Hitam diam-diam jatuh hati pada Mariam...

Review Santet- Saat Omar

Perkataan Santet berasal dari Negara Indonesia yang membawa maksud proses pengamalan ilmu hitam ataupun black magic. Senang cerita orang sini panggil bomoh lah kan. Pada mulanya saya ingatkan santet itu adalah lintah seperti yang terdapat di hadapan kulit buku tapi rupa-rupanya bukan.

Dukun Hitam ini adalah seorang lelaki beragama Islam yang telah lama mengamalkan ilmu hitam yang memang terang-terang salah di sisi agama Islam. Dukun Hitam ingin bersara daripada melakukan perbuatan terkutuk tersebut tetapi didatangi oleh Mariam yang sanggup memberi sejumlah wang yang banyak kepada Dukun Hitam agar menyihir perut suaminya. Bertambah seram apabila hantu raya yang dibela oleh Dukun Hitam sesuka hati berteriak di dalam hutan dan menyebabkan orang lain berasa takut. 

Selain daripada kemahiran Dukun Hitam menggunakan sihir lintah, novel ini juga fokus kepada kehebatan rakan Dukun Hitam iaitu Boni yang merupakan pakar sihir burung. Ada juga diselitkan sihir daripada luar negara iaitu voodoo yang menggunakan patung untuk menyeksa mangsanya secara perlahan-lahan sehingga mati. 

Cerita ini berakhir apabila Mariam dan Dukun Hitam bernikah dan hantu raya belaan Dukun Hitam mula masuk campur dalam hal perkahwinan mereka. Mariam menipu hantu raya yang menyamar menjadi Dukun Hitam untuk menaiki kapal terbang dan terus berlari meninggalkan hantu raya itu. Nama pun hantu raya jadi hantu tersebut tercengang-cengang dan apabila sudah tersedar ditipu, hantu raya pun mula mengamuk. Tetapi mengamuk pun tiada guna kerana kapal terbang sudah mula berlepas dan akhirnya menjadi hantu oversea.

Walaupun novel Santet ini sangat tebal, tidak menjadi satu masalah buat saya untuk habiskan bacaan. Tiada kesalahan ejaan atau muka surat yang tidak dicetak.

Rating Santet - Saat Omar

Saya beri buku ini 5 bintang kerana penulisan yang sangat santai dan isi kandungan yang penuh dengan pengajaran.

Kedai Buku Murah.

Berita baik untuk korang yang nak dapatkan buku-buku murah. Korang boleh dapatkan pelbagai jenis buku di Shopee Buku Projek .

Post a comment

9 Comments

  1. hahahaha kelakarnya part hantu raya naik kapal terbang jadi hantu oversea tu. Macam mana dia nak balik Malaysia dah. Boleh survive tak dekat luar tu

    ReplyDelete
  2. Tengok kulit buku rasa geli geleman tengok lintah tuh haha ! Ceritanya macam menarik je ye siap boleh jadi hantu overseas lagi. Terima kasih sharing review.

    ReplyDelete
  3. dah lama tak baca novel melayu. sounds interesting. menarik untuk di baca dan boleh tau pasal santet jugak

    ReplyDelete
  4. Rawlins pernah membaca buku ini dan teringat babak-babak lucu apabila hantu raya naik kapal terbang tu. Dulu berjinak-jinak membaca novel seram dengan Buku Fixi, now dah beralih ke penerbitan lain hehe

    ReplyDelete
  5. nice. byk cerita dlm satu buku.
    namun, at the end tu mcm kelakar. mcm anti klimaks.
    "hantu oversea?" hantu raya kena tinggal? hi hi hi hi...
    aida pernah sekali beli novel di shopee. utk anak.
    murah dari di luar, kan :)

    ReplyDelete
  6. Oo santet tu daripada perkataan indonesia rupanya. Patutlah bunyinya macam pelik, macam tak pernah dengar.

    ReplyDelete
  7. Baca tajuk aje dah tau dah mesti pasal ilmu hitam.. macam filem indonesia tu kan.. Sis kalau layan movie boleh, tapi kalau baca buku jenis gini takut hahahaha

    ReplyDelete
  8. Menarik2! No wonder you mentioned komedi plus seram :) Ending pun macam kelakar jer.. hantu oversea :P .. serious salute you guys boleh habiskan a novel in a day.. (Y) I normally spend days untuk habiskan chapter by chapters.. :)

    ReplyDelete
  9. what a great review. this looks like such a fun book to read. cant wait to add it to the list!

    ReplyDelete