Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pengalaman menakutkan di bangku sekolah.

Assalamualaikum.

Pengalaman yang menakutkan ini saya simpan sehingga umur saya menjangkau 26 tahun. Mungkin disebabkan perasaan seram apabila teringatkan peristiwa ini. 

Saya sentiasa sendirian sejak di bangku sekolah rendah tetapi apabila naik ke sekolah menengah, saya mula belajar untuk bersosial dengan semua rakan-rakan sekolah. Setiap pagi saya akan rasa seronok dan tidak sabar untuk ke sekolah. Tetapi, perasaan tersebut tidak tahan lama, bukan kerana saya dibuli tetapi munculnya seorang pekerja kebun yang sangat menakutkan. Mungkin ramai yang berfikir, adakah disebabkan mukanya yang hodoh, sehingga saya sanggup berkata begitu.

Sangkaan itu memang salah. Pada hari pertama saya bertemu dengan pakcik E, saya tidak mengambil peduli kerana pakcik tersebut baru sahaja memulakan pekerjaan dan saya memang tidak pernah menggangu mana-mana pekerja di sekolah. Apabila saya keluar daripada kereta yang dipandu ibu, pakcik E terus tenung saya tanpa berkelip mata. Pada awalnya saya hiraukan sahaja pakcik E ni kerana dia cuma merenung saya daripada jauh dan saya anggap pakcik ini ada masalah mata. Korang bayangkan keadaan di sekolah masih gelap dan hanya beberapa orang pelajar sahaja yang ada di tapak perhimpunan. Hari saya diteruskan tanpa memikirkan apa yang terjadi. Apabila tiba waktu pulang daripada sekolah, seperti biasa saya akan menunggu ibu saya di bilik guru atau di depan pejabat sekolah bersama rakan baik saya. Pelajar lain sudah pulang pada pukul 2.30 petang tetapi saya terpaksa menunggu ibu saya yang merupakan seorang guru di sekolah saya dan pulang pada pukul 5 petang. 


Pengalaman menakutkan di bangku sekolah.

Akhirnya waktu yang ditunggu sudah tiba. Ibu memberi arahan supaya saya menunggu di dalam kereta seperti biasa dan apabila saya tiba di tempat parking, pakcik E sudah menunggu di sebelah kereta. Saya abaikan pakcik E, dan terus hidupkan enjin kereta. Dengan segera saya mencari novel dan menyambung semula bacaan yang ditinggalkan sebentar tadi. Tiba-tiba perasaan pelik mula datang. Saya terasa seperti diperhatikan oleh seseorang dari jarak dekat. Mata saya mula melilau mencari siapa yang memerhatikan saya dan apabila saya pandang ke sebelah kiri, ternyata pakcik E masih lagi berada di tempat yang sama dan merenung saya dengan muka yang menakutkan. Ibarat pakcik E ingin menelan saya hidup-hidup. Saya abaikan sahaja. Lagi menyeramkan pakcik E tidak berganjak langsung daripada tempat tersebut sehinggalah ibu saya muncul dan kami terus pulang ke rumah tanpa saya bercerita kepada ibu apa yang terjadi. Saya risau ibu akan marah dan kata saya memfitnah pakcik E. Jadi saya lebih selesa simpan sahaja di dalam hati.

scared, hantu, seram, sekolah berhantu

Hari-hari saya diteruskan seperti biasa dan pakcik E sudah semakin berani menunggu saya di tempat parking yang sama dan merenung sehingga saya hilang dari pandangan. Mungkin ada yang berfikir bahawa saya ini perasan dan syok sendiri walhal memang terang lagi bersuluh pakcik E sedang merenung dengan muka yang menakutkan hati seorang pelajar bawah umur. Hari demi hari pakcik E semakin berani dan cuba memulakan perbualan dengan saya tetapi saya pekak kan sahaja telinga dan pura-pakcik E tidak wujud di mata saya. Di sini saya nak ingatkan bahawa pakcik E berumur dalam lingkungan 40 an dan saya masih lagi bawah umur. Saya fikirkan pakcik E hanya akan tunggu di tempat parking ibu walaupun keluasan tempat parking tersebut sangat besar tetapi dia mula bertindak agresif  dengan meninjau saya daripada tingkat bawah apabila pembelajaran sedang dijalankan. Meja saya berada di tepi tingkap dan sebelah tangga jadi sesiapa yg berada di tingkat bawah akan nampak jelas apa yang saya lakukan. 

Pengalaman menakutkan pelajar lain.

Saya memilih untuk meluahkan perasaan ini kepada rakan baik saya dan ternyata mereka juga mengalami pengalaman yang sama. Lebih teruk lagi, pakcik E mula mengucapkan kata-kata tidak senonoh kepada pelajar perempuan mengenai tubuh badan mereka dan bagaimana dia menyukai serta ingin menyentuhnya. Apabila pakcik E bersama pelajar lelaki, dia akan bercerita perkara yang sama mengenai tubuh badan pelajar perempuan dan hal ini menyebabkan pelajar lelaki mula merasa meluat. 

Adik ketakutan seperti saya.

Adik saya juga mula buka cerita apabila muncul seorang lagi tukang kebun menakutkan yang saya gelar pakcik D. Hobi pakcik D sama seperti pakcik E iaitu merenung dan menunggu saya bersama adik di tempat parking ibu setiap pagi dan petang sambil cuba untuk mulakan perbualan. Seperti biasa kami pekak kan sahaja telinga kerana kami tahu topik yang akan dibualkan merdeka berdua. 

Setiap hari saya mula merasa resah dan tidak mahu ke sekolah kerana takutkan dua orang pakcik tersebut. Nasib baiklah adik saya ada sekali menemani saya walaupun dia pun perempuan dan ketakutan seperti saya. Awalnya saya ingin memberitahu ayah tetapi saya khuatir dengan tindakan yang bakal diambil oleh ayah kerana beliau memang terkenal dengan sifat melindungi melampau.

Akhirnya ketakutan kami berakhir apabila kedua-dua dipindahkan ke sekolah lain. Saya kurang pasti adakah ada yang buat report mengenai mereka atau sebaliknya. Saya dan adik mula seronok ingin ke sekolah semula kerana kami tahu bahawa pakcik yang menyeramkan itu tiada lagi di sekolah.

Tujuan saya bercerita bukan ingin mengajak mengumpat tetapi lebih kepada awareness supaya pelajar lelaki atau perempuan yang mengalami nasib yang sama seperti saya tidak berdiam diri. Sekiranya korang ada diganggu seperti saya, segeralah buat laporan atau luahkan perkara ini kepada ibu dan bapa. Jangan pendam sahaja untuk elakkan perkara tidak elok berlaku.

Post a comment

14 Comments

  1. Cakap yang tidak senonoh tentang tubuh ni termasuk kategori yang tidak baik. Sepatutnya kena mengadu kepada pihak sekolah awal2 supaya pihak sekolah boleh bagi amaran kepada pakcik tu. Dah tua tapi........hmmm.....

    ReplyDelete
  2. Sedikit sebanyak pengalaman macam ni buat kita trauma. Masa zaman sekolah, kita masih suci murni. Org kata PURE. Kita yakin semua org disekeliling kita baik. Memang pindah sekolah tu adalah option terbaik. Sebagai kanak-kanak, aduan apa yang kita boleh buat? Tukang kebun menakutkan? Tukang kebun cakap kesat? Tukang kebun sentuh saya? Siapa nak percaya? Adakah tukang kebun akan di soal siasat? Ibu bapa kita akan report polis? Semoga perkara begini tidak berlaku kepada anak-anak kita nanti. Nauzubillahminzalik.

    ReplyDelete
  3. Kes gini takleh diam. Sexual harrassment memang betul seram. Mujur dah dipindahkan

    ReplyDelete
  4. serius serammmm, kalau saya confirm dah bagitau kat ayah, sebab jenis balik sekolah mesti akan cerita semua yang jadi. mohon Allah pelihara kita semua

    ReplyDelete
  5. Kalau dibaca ingatkan cite diganggu hantu, baru fhm rupanya diganggu org, skrg ni kita tetap bimbang dgn keselamatan bdk2 disekolah sbb dah byk kes2 bdk diculik dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. Zaman sekarang semua diluar jangkaan. Harap dijauhkan la perkara mcm ni. Org tua pedophile ke apa tu agknya kannn!

    ReplyDelete
  7. Kalau nak tau, pernah ada sekali murid sekelas Sis perangai macamtu, suka carut dan cakap benda memalukan, Sis apalagi, pi buat report, kena gantung sekolah budak tu sebab ramai saksi, mak bapak dia dtg jumpa Sis minta maaf sbb dia sendiri tak tau anak dia macamtu.. kena pindah sek dan dengarnya kena masuk kaunseling.. tak tau le kenapa jd macamtu, kesian.. budak lelaki..

    ReplyDelete
  8. Bagus sharing sebegini. Kita juga kena ajar anak-anak agar mereka tahu batas perangai yang perlu dijaga oleh mereka dan orang di sekitar mereka. Dan mereka kena laporkan kepada parents jika ada yang melampau.

    ReplyDelete
  9. Ya Allah takutnya..seram la orang macam tu dah la berani nak cakap tak senonoh dgn budak. Serious seram!

    ReplyDelete
  10. That's one of the problem for Asian kids and parents kan, including me myself. Kita lebih cenderung untuk keep our problem to ourselves or berbincang dengan rakan terdekat sahaja as if there is a communication barrier between parent and us.. both parties kena let go the shield, built the trust yang kita boleh berkongsi masalah dengan one another!

    ReplyDelete
  11. Seramlah baca , perangai orang yang macam hantu sebenarnya lagi menyeramkan dari jumpa hantu sebenar. Orang macam tu elok sangat kalau kena tangkap dan kena sebat biar insaf. Sampai sekarang perkara macam ni ada jer walaupun bukan kat sekolah . Semoga kita semua dilindungi.

    ReplyDelete
  12. Nauzubillahiminzalik.. Takutnya baca.. Lagi risau bila zaman sekarang ni orang dah tak segan silu buat gangguan seksual. Risau kat anak-anak kita nanti. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah

    ReplyDelete
  13. Huishhh kes sexual harrassment memang bahaya betul lah. Tak boleh pandang remeh kalau kes gini. Lagi-lagi kes ni boleh jadi para pelajar trauma. Haishh seram betul. Moga-moga kita dipelihara dalam segalakeadaan.

    ReplyDelete
  14. memang seram ... semoga di mana sahaja kita berada , anak2 kita juga Allah perlihara. mampu tawakal jer, dunia skrg semakin menakutkan

    ReplyDelete