PENGALAMAN TEMUDUGA PEMBANTU SETIAUSAHA N19 SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Assalamualaikum.


21/10/2019 adalah kali kedua aku menghadiri temuduga untuk jawatan Pembantu Setiausaha gred N19 di tempat yang sama iaitu di Wisma Negeri Sembilan. Sebelum ini aku ada tulis post mengenai pengalaman pertama temuduga (klik sini) . Aku cadangkan korang baca dulu baru teruskan baca post ni. Aku akan jelaskan mengenai temuduga dengan lebih mendalam termasuk apa yang perlu dibawa.

Perkara pertama kena buat ialah daftar dan isi segala maklumat yang diperlukan di SPA8i . Sila daftar MYID baru bagi yang belum pernah daftar dan sekiranya pernah daftar boleh log in seperti biasa. Selepa tu, jangan lupa daftar untuk jawatan yang korang layak.

Langkah seterusnya korang perlu tunggu email dari Spa yang menyatakan korang perlu buat ujian online. Tarikh dan masa telah ditetapkan. Keputusan ujian akan diberi di email masing-masing jadi sila pastikan email yang korang daftar tu aktif dan masih ingat kata laluan.

Sekiranya korang lulus, email akan dihantar sekali lagi dan korang kena tunggu email seterusnya dari SPA untuk tarikh, masa dan tempat temuduga. Pastikan korang dah tau tempat sebelum hari temuduga untuk elakkan lambat sampai.

Aku ringkaskan untuk bahagian ini.

1) Daftar MYID dan isi maklumat penting.
2) Daftar jawatan yang layak.
3) Buat ujian online.
4) Keputusan ujian sama ada lulus atau gagal.
5) Temuduga untuk jawatan yang dipilih.

Sekarang kita beralih pada dokumen penting yang korang kena bawa masa temuduga. Untuk original, hanya bawa seperti di bawah dan perlu letak di dalam fail sijil.


  • Resume bergambar dan berwarna
  • Kad pengenalan
  • Sijil lahir
  • Sijil SPM (Bukan slip keputusan. Sila ambil di sekolah masing-masing)
  • Sijil Diploma. (Transkrip dan sijil tamat Diploma)
  • Sijil berhenti sekolah
  • Sijil-sijil yang berkaitan. (Sekolah rendah tak perlu)
  • Surat tawaran panggilan (Print email) 


Untuk salinan photostat pula, hanya perlu bawa seperti di bawah. Tak payah nak buat binding semua tu sebab nanti kena cabut juga dekat sana. 
  • Kad pengenalan
  • Sijil lahir
  • Sijil SPM (Bukan slip keputusan. Sila ambil di sekolah masing-masing)
  • Sijil Diploma. (Transkrip dan sijil tamat Diploma)
  • Sijil berhenti sekolah
Tapi kalau korang baca email dan website spa, ada senarai yang disediakan jadi kalau korang nak ikut yang ini pun boleh.

  • Buka laman web MYRESUME (klik link)
  • Melengkapkan resume di pautan myResume
  • Memuat naik sijil akademik (SPM, STPM / STAM / Sijil Matrikulasi / Skrol dan Transkrip bagi pemegang Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah jika berkaitan) sebelum menghadiri temuduga pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Menyemakpengiktirafan akademik (Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / Doktor Falsafah jika berkaitan) untuk lantikan ke perkhidmatan awam di pautan http://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm dan melampirkan cetakan status pengiktirafan semasa menghadiri temu duga.
  • Kegagalan mengambil tindakan seperti perkara 1 dan 2 serta mengemukakan maklumat palsu boleh menjejaskan pertimbangan Suruhanjaya untuk lantikan.
  • Anda dikehendaki untuk berada di pusat temu duga 30 minit lebih awal daripada masa yang dijadualkan dan berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga
  • Keputusan temu duga boleh diketahui 30 hari dari tarikh akhir temu duga dengan melayari Portal Rasmi SPA atau aplikasi mobile mySPAv2.

Beralih pada sesi temuduga pula, korang pergi sana dan daftar seperti biasa. Kaunter akan dibuka di tempat temu duga dan ikut arahan yang diberikan. Macam aku hari ni, kena letak surat panggilan temuduga dan tunggu nama dipanggil untuk buat semakan dokumen yang aku bawa. Selepas tu aku dapat nombor giliran dan tunggu seperti orang lain.

Soalan yang ditanya serupa macam post sebelum ni ( klik sini ) cuma ada tambahan mengatakan aku over qualified sebab aku ada Diploma. Itu jelah yang ditanya dan selepas tu boleh lah balik dan tunggu keputusan temuduga tersebut.





Post a comment

29 Comments

  1. Semoga lulus temuduga tersebut. Done follow your blog.

    ReplyDelete
  2. sampai 2 kali dapat interview ni. kita tak pernah lagi ada pengalaman interview spa. btw semoga berjaya

    blog airitanaka.blogspot.com telah dimasukkan dalam BlogList
    https://www.aimanabdullah.com/2019/11/senarai-bloglist-aimanabdullahcom.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya saya dah dapat email exam online tapi kan pkp jadi dia close dulu. Tapi dalam gmail tu dia tak bagi link pun. Macamana saya nak join exam tu ? Ke dia hantar email skali lagi?

      Delete
  3. bukan sekarang memang dia nak yang ada diploma ke untuk gred 19 tu..
    Apapun Sha doakan semoga ada rezeki awak..

    ReplyDelete
  4. Biasanya memang macam tu dik. Sebab peg. nak bagi peluang kepada 2 pihak. 1, pihak yang tak ada diploma, supaya kurang saingan, 2, utk adik sndiri sebab adik ada diploma, boleh apply untuk Gred 29. Apapun, akak doakan semoga ada rezki adik nnti. Rezki tak pernah salah alamat. InshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah apply untuk Gred 29 tapi tak pernah langsung dapat ujian. selalunya n19 je. terima kasih ye kak. amin

      Delete
  5. Aik. Bukan dip boleh kan untuk grade n19

    ReplyDelete
  6. Hi nk tnya myresume tu wajib isi ke?

    ReplyDelete
  7. Sy pn tgh tggu result iv PPLV DV29... Iv 5/11/19 baru nie harap esok kuwolah resultnya...doakan sy brjaya yea aminmmm

    ReplyDelete
  8. Sy pom tgh tggu result iv pem op.. Alhamdulillah bole jwb dgn baik.. Tawakal je la.. Moga ade rezki jd warga sektor awam... Lnguh doh duk swasta nim.. 😌😌😌

    ReplyDelete
  9. Since skg dah ada Myresume,masih perlu bawa salinan sijil2 dan resume bergambar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. resume memang wajib. salinan sijil suka hati lah nak bawa atau tak.

      Delete
  10. eh awak ada iv dkt wismA negeri pmbntu setiausaha pejabt n19..

    ReplyDelete
  11. mc mana nk tau tmpat temu duga yee?

    ReplyDelete
  12. salam...nak tanya kalau dalam surat panggilan x de minta salinan fotostat...tetap kena sediakan ke?

    terima kasih

    ReplyDelete