Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Ticker

Cara minta refund/ return di Shopee dengan mudah.

Syarat wajib untuk ada butang return/refund adalah order masih berada di bahagian "To Receive". Sekiranya order sudah completed atau selesai, agak sukar dan mustahil untuk dapatkan semula wang anda.  Syarat yang lain adalah seperti berikut.

1) Tidak menerima barang yang dibeli.

2) Terima barang yang tidak lengkap. Beli ramen 20 bungkus tapi dapat 1 bungkus.

3) Terima barang yang salah. Beli ramen tapi dapat sejadah. 

4) Barang yang sampai rosak seperti radio yang tidak berfungsi.

5) Barang yang diterima ada kesan calar atau kemek yang ketara sehingga hilang fungsi.


Langkah-langkah return/refund di Shopee.

1) Buka aplikasi Shopee, tekan butang "Me" dan cari order korang di bahagian "To Receive".

2) Tekan order tersebut dan tekan pula butang "Return Refund yang tertera di bahagian bawah.

3) Pilih barang yang korang nak "Refund" dan tulis mengapa korang nak duit semula. Contoh: Barang yang diterima tidak lengkap. Saya order 10 helai tetapi saya dapat 2 helai sahaja.

4) Kepilkan sekali gambar barang yang korang terima tu. 

5) Korang pilih pula sama ada mahu "Refund" sahaja atau "Return Refund". Kalau korang ambil pilihan yang kedua, korang kena pulangkan semula barang kepada penjual dan apabila barang telah selamat sampai pada penjual, barulah korang dapat duit.

6) Masukkan jumlah wang yang perlu dipulangkan dan terus klik butang "Submit". Penjual akan dapat notifikasi untuk proses ini.

shopee, return, refund

Penjual akan diberi masa selama 3 hari untuk ambil tindakan. Sekiranya penjual bersetuju untuk pilihan "Return Refund", korang kena bungkus dan pulangkan semua barang yang diterima kepada penjual. Pastikan korang tak pakai pula barang tersebut. Selepas itu, korang WAJIB print airwaybill atau lebih dikenali sebagai awb Poslaju dan "drop off" di Poslaju berdekatan. Pastikan tampal awb tersebut di plastik kurier tersebut dengan elok. Jangan risau sekiranya tidak tahu di mana terletaknya Poslaju kerana Shopee ada sediakan senarai Poslaju di negeri korang. 

Pergi ke Poslaju, ambil nombor dan pergi ke kaunter selepas dipanggil. Beritahu pekerja yang korang nak "return" barang Shopee dan bagi parcel tersebut pada mereka. Selalunya diaorang akan timbang atau kalau guna kotak, akan diukur untuk tahu dimensi kotak tersebut. Selepas korang berjaya "drop off" , tunggu sahaja barang tersebut sampai pada penjual, dan penjual akan periksa barang yang diterima. Sekiranya cukup, maka duit korang akan terus masuk dalam Shopeepay.

Mudah je kan?

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. thank u for sharing this good info! berguna ni nanti hihi

    BalasPadam